Powered By Blogger

June 27, 2007

KATAK OH KODOK


KATAK OH KODOK

27hb member aku si shahrul ajak aku pie karaoke JAMBAN. Ader ker patut. aku bukan tak nak tapi tak penah pie. so aku nak menghilangkan bosan aku dan dia aku bawak la camera aku ngan tripot terus menuju ke destinasi yang entah tak tahu kemana. Last2 jumpa satu tempat yang agak menarik. Tgh ambik gambor nie tak perasan lak ader benda. patut la rasa sejuk jer.

Aku sedar si shahrul yang bagi tau aku dok tepi katak sambil berbaring. Apa lagi. bukan senang nak jumpa katak kat bandar nie. SO nie lah hasil dia...

June 24, 2007

UNTUK APAKAH ANDA MEMBAYAR JURUGAMBAR ANDA?


-Petikan Artikal dari HASNUDDIN ABU SAMAH-




Untuk Apakah Anda Membayar Jurugambar Anda?


Seperti yang tersiar di dalam majalah Pesona PengantinOleh:

Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.


Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:


1) Kos Peralatan Kamera

Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 10,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos 'sewa' peralatan mereka.


2) Kemahiran Jurugambar

Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan,latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.


3) Masa Perkhidmatan

Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktoryang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu,jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.


4) Perkhidmatan Selepas Rakaman

Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilihakan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yangdikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.


5) Kos material

Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kospengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan. Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.Diharap, artikel ini dapat memberi manfaat kepada anda


June 17, 2007

NAZA SUTERA EVENT

Ermmm.. Jam sembilan aku datang sorang pun tak der lagi. so lepak la ngan zura makan dulu. Habis makan Fairehan Ajis bini dia ngan anak sedara dia pun sampai. pas tu sorang2 sampai. so bermula lah sessi berkenalan yang baru nak kenal. Yang tak tahan tu si Fendy tu kata cam Si Ajis yang berada di depan mata bukan ajis penang. kelakar tul. so borak -borak dan banyak benda yang dibincangkan akhir nya kitaorg berkumpul la parking lot LRT kat tepi tu. so sessi bergambar pun bermula. baru nak [osing kat kete dah habis bateri camera. malang sungguh la hari tu. kalau tak banyak lagi gambar yang cantik2. nak buat cam ner. okeys guys. harap TT akan datang dapat la kumpul lebih ramai lagi. Dan kalau boleh. TT akan datang lebih 20 Buah kete dapat datang.

SENARAI PAKEJ JURUGAMBAR

PERKHIDMATAN PHOTOGRAPHER

Berikut adalah senarai harga kami.

PAKEJ RUBY

Satu Majlis ( No limit time )

1. 170 keping gambar
2. Album Standard ( Black )
3. 2 gambar bersaiz 6R
4. 1 gambar bersaiz 10R
5. 1 Frame gambar bersaiz 10R
6. CD montaj bersama 1 salinan 250 keping gambar asal.
7. 1 gambar poster
8. 20 gambar terbaik dimuatkan dalam website.

Tambah RM 150 - Album Costum made atau magazine album saiz A4
Bayaran RM650
Deposit RM 450





PAKEJ PEARL

2 Majlis ( Hari yang sama )

1. 200 Keping gambar
2. Album Standard Album
3. 2 keping gambar bersaiz 6R
4. 1 Frame gambar bersaiz 6R
5. 2 keping gambar bersaiz 10R
6. 1 Frame gambar bersaiz 10R
7. CD montaj bersama 1 salinan 300 keping gambar asal
8. 20 gambar terbaik dimuatkan dalam website

Tambah RM150- Outdoor picture dan tambahan 20 keping gambar.
Bayaran RM 750
deposit RM 450


PAKEJ EMARALD

2 MAJLIS (Berlainan hari )

1. 200 keping gambar
2. Album Standard (handmade)
3. 2 keping gambar bersaiz 8R
4. 3 keping gambar bersaiz 10R
5. 1 Frame gambar bersaiz 6 R
6. 1 Frame gambar bersaiz 10R
7. 1 keping gambar bersaiz 20x 24
8. 1 Cd Montaj bersama 300 keping salinan asal gambar.
9. 30 gambar terbaik akan dimuatkan dalam web site.
10. Percuma 20 keping gambar Outdoor.

Tambah RM 100 - Menukarkan Album dalam bentuk Magazine album
Bayaran: RM 950
Deposit : RM 500




PAKEJ CROWN

3 Majlis ( hari yang berlainan)

1. 300 keping gambar
2. Magazine Album
3. 2 keping gambar bersaiz 10R
4. 1 keping gambar bersaiz 20 x 30
5. 2 Frame bersaiz 10R
6. 1 Frame gambar bersaiz 20 x 30
7. 1 Cd Montaj bersama 400 keping gambar salinan asal
8. 30 gambar terpilih dimuatkan dalam website
9. Percuma gambar Outdoor dan Studio 60 keping

Bayaran RM 1500
Deposit RM 700

-Untuk penambahan videographer RM 350 dikenakan cas




PERKHIDMATAN VIDEOGRAPHER

- Meliputi Semua Majlis RM 600 Format DVD
- Meliputi Semua Maljis RM 500 Format CD

Pakej ini meliputi dalam kawasan Selangor sahaja. Sekiranya diluar selangor bayaran tambahan untuk penginapan dan pengangkutan dikenakan cas sebanyak RM150.